Saturday, February 9, 2013

teringin nak pakai DSLR

Assalamualaikum, 

kan best kalau ada DSLR.. boleh ambik gambar cantik banyak2, dengan kepakaran menggunakan setiap aplikasi yang ada. sangat best. ditambah pulak posing cantik-cantik bertambah lawa la gambar tu. memang terbaik

serius aku cakap, sekarang org semua dok giler kan DSLR. dah tak ada la sekarang org nak guna camera digital lagi, kalau ada pun tak ramai. sebab sekarang orang memperakui kehebatan DSLR, mana hado cameraman pakai camera digital kak yong oii

minat tu datang time ambik kursus fotografi dekat Shah Alam. pergh best gila tangkap gambar tapi guna org punya DSLR la, ada sorang abang ni tiba2 baik pulak bg pinjam DSLR dia handsome lak tu *k bye* 

tapi kan kalau orang ada DSLR tu tapi tak pandai guna pun tak menjadi jugak cuz kena pandai main dengan setting dia and untuk menjadi photographer yg terbaik pun kena tau angle dia, pencahayaan & banyak lagi. tu semua aku belajar masa kursus hari tu. mula-mula memang susah tapi bila dipratikkan and diajar oleh org yg professional dan berpengalaman boleh la jugak herher

haih bila la aku ada DSLR tu ye? tunggu aku kerja la gamaknya kumpul duit byk2.. sekarang ni nak beli phone n tengah mencari phone camera yg cantik n pixels nya besar baru la cun gambar haha *org beli phone pentingkan app n function, aku pentingkan kualiti camera tu pulak eh ada aku K? kisah



Thursday, February 7, 2013

Sedih bila orang yang kita suka dah bertunang

Assalamualaikum,

Hai semua sihat? okay lah aku pun tak tau nak story apa since aku baru je buat blog ni. actually aku dah lama buat blog ni dari tahun 2010 kot tp aku x pernah update apa2.. (malas)

ok2 aku pun tak nak intro panjang-panjang herher.. seperti yang anda semua sudah lihat tajuk di atas yup orang yang aku suka atau bahasa omputihnya kerush crush sudah bertunang.. masa dapat tau tu of course la sedih tapi takda la menangis guling-guling, terjun bangunan tingkat 18. sedih gitu je *ayat cover* hahaha tapi apa pun aku doakan dia bahagia sampai ke jinjang pelamin *perrghhh ayat broken heart gitewww*

aku kenal dia masa form 5, lokasi di kedai potosetet photostat. masa tu aku buat folio seni and aku cari tempat yang murah untuk binding benda alah tu, lepas tu kawan aku pun suruh aku buat dekat kedai abang sedara dia (abang sedara dia crush aku leer) masuk kedai tu aku nampak la abang sedara dia tu hehe aku dgn penuh excited nya cakap "weyh handsome betul abg sedara ko, biar betul, ish x percaya aku, aku tengok ko biasa je kot, macam mana dia boleh jadi handsome mcm tu" tak pasal-pasal aku kena tampor dgn kwn aku tepat di pipi ku yang halus mulus ni *k sila muntah* hahaha

selang beberapa hari, aku dtg kedai dia and dia puji lukisan aku cantik sangat. dia kata dia suka perempuan yg pandai buat benda2 macam tu.. aku sebenarnya tak pandai sangat bab2 melukis ni tapi bila ada org cakap macam tu, hati aku dah berbunga-bunga, kembang kuncup je lubang hidung aku yang tak berapa nak mancung ni *buruk bebeno muka aku* lepas tu kitorang pun mula text sama-sama.

lepas tu dia ada ajak keluar tapi aku tak nak sebab berdua je.. so aku tolak dengan cara baik.. bukan apa kalau kita keluar berdua mesti ada orang ketiga iaitu syaitan lagipun aku baru kenal dia kot.. then masa event hari koperasi dekat sekolah aku dulu pun dia datang.. lama gak dia temankan aku. tak lama time tu bulan puasa pun datang dan dia ajak berbuka sama-sama tapi ramai-ramai la. kawan aku pun kenakan aku time tu, dia sengih-sengih je, malam tu memang aku kena bahan habis............

Bulan 9, dia cakap dengan aku dia dapat tawaran belajar dekat Universiti of Malaya, aku happy sangat tapi sedih nanti x dapat jumpa dia.. aku pun masa tu nak SPM.. dia kata lepas SPM nanti, dah ambik result ambik la form 6 macam dia nanti boleh masuk UM sama-sama.. ok cikgu aku ckap UM mmng susah nak masuk sebab itu utk orang yg betul2 study hard and result STPM dia 4 flat.. mcm mustahil je aku boleh dapat 4 flat tu tp apa salahnya cuba kan? aku pun masuk form 6 tp memang betul susah noks. aku xtau mcm mana dia boleh dapat 4 flat tu haaa respect habis la dekat dia

hari demi hari berlalu, masing-masing busy belajar.. kitorang dah lama sangat tak contact, senyap gitu je. aku pulak jenis orang yg malas gila nak topup, aku biarkan phone aku terbiar je.. beberapa bulan lepas tu aku dapat mesej mengejut. Dia ajak aku couple, aku terkejut jugak time tu tp aku ckap aku nak fokus study dulu.. dia pun macam merajuk dekat aku. niat aku lepas STPM ni kalau aku dapat masuk UM sama2 dgn dia barulah aku luahkan semuanya sebab aku tak nak dia kecewa kalau aku tak dapat masuk U nanti.. lagi-lagi UM susah tu woooo


                                                    ...........


sejak haritu kitorang dah tak contact lagi... satu hari tu aku bukak facebook and terkejut tengok dekat newsfeed yang dia dah bertunang. ingatkan dia main2 ke apa rupanya betul.. aku cuma boleh cakap tahniah walaupun sedih tapi aku tumpang gembira. harap-harap dia cepat kahwin sebab tak elok kan tunang lama2 hehe semoga berbahagia tak sabar nk makan nasi minyak dia *kalau jemput la* muahahaha

that's all for now bye2 *smile*

Tuesday, February 5, 2013